Maklum Balas En. Saiffil Terhadap “Status Update” FB PW

*Maxxima & Halatuju Yang Mantap*

*Perkara pertama, post ini sendiri adalah fitnah. Tiada dokumen yang dipalsukan. Semua surat dan dokumen ada dalam simpanan. Boleh bawa chemist kalau perlu. Perundangan tidak sempit untuk melihat keaslian dokumen. Syarikat sentiasa menghargai mereka yang sering datang melawat untuk bertemu dan melihat sendiri pelbagai perkara terutama berkaitan pensijilan dan dokumen. Maxxima juga bukan baru, sudah dilawati sejak 2013 lagi.*

*Pertama sekali apabila sebelum sesuatu produk itu dihantar untuk pelabelan, ia perlu diberi pengkelasan. Keduanya-duanya berlaku dalam KKM tetapi dibawah 2 department yang berbeza. Dalam hal CellMaxx ia dikelaskan sebagai makanan bukannya ubat. Apabila kita menyebut ubat dalam konteks ini ia merujuk kepada pengkelasan bukan kepada fungsi produk. Untuk dikategorikan sebagai ubat, sesuatu produk mestilah mengandungi bahan tertentu yang akan meletakkannya sebagai kategori ubat. Oleh kerana CellMaxx tidak mengandungi sebarang bahan dalam kategori ini dan bahan aktif kurang 20%, ia dikategorikan sebagai makanan.*

*Untuk pengetahuan bersama, jika sesuatu produk itu di dalam bentuk kapsul, maka secara automatik, ia juga harus didaftarkan dibawah kategori ubat bukan makanan walaupun ia sekadar ekstrak sayuran atau buah-buahan*.

*Jika melihat kepada fungsi, hanya terma sahaja menjadi persoalan. Sebagai contoh, panadol mempunyai MAL dan No notifikasi tetapi fungsinya bukan merawat kesihatan sekadar menahan komplikasi penyakit contoh sakit kepala daripada menjadi lebih teruk. Madu, Habbatus sauda & banyak makanan semulajadi yang lain misalnya dalam kategori makanan pula mempunyai banyak manfaat untuk kebaikan kesihatan. Jadi terma ini perlu jelas dalam konteks apa digunapakai*.

*Berbalik kepada CellMaxx. Oleh kerana ia dikelaskan sebagai makanan oleh BPFK, maka ia tidak perlu kepada MAL dan Nombor Notifikasi dan terus dihantar untuk pengesahan pelabelan*.

*Satu lagi perkara yang sering dikelirukan ialah mengenai AFA itu sendiri. AFA hidup secara liar di beberapa tempat di dunia dan sememangnya mempunyai toksin dan tidak boleh dimakan oleh manusia. Namun kajian untuk manfaat kesihatan yang dijalankan dan didokumenkan di dalam jurnal perubatan dan percubaan klinikal adalah dari satu sumber sahaja iaitu Tasik Klamath di Oregon, USA*

*AFA di tasik ini sahaja yang selamat untuk pengambilan manusia. Jika FDA approve diperlukan untuk mengatakan AFA ini selamat maka sememangnya ini FDA approve kerana di USA terdapat begitu banyak produk berdasarkan AFA ini. Maxxima mengimport bahan mentah ini untuk dibawa masuk ke Malaysia dan sebelum ia diimport, ia perlu mendapat segala kelulusan yang diperlukan malah ia juga mendapat pengiktirafan halal sebelum ia dibawa masuk ke Malaysia lagi*.

*Maxxima kemudiannya mengambil inisiatif tambahan dengan menghantar CellMaxx untuk ujian makmal sendiri kerana syarikat sangat mementingkan kualiti serta keselamatan pengguna. Segala ujian dijalankan ke atas produk CellMaxx kecuali ujian microsystins*.

*Ujian microsystins dihantar menggunakan satu lagi produk Maxxima yang dikenali sebagai AFAMaxx. AFAMaxx Merupakan CellMaxx dalam bentuk pil untuk pasaran luar negara. Namun begitu sebagaimana disebutkan oleh kerana ianya berbentuk kapsul atau pil maka ianya perlu mempunyai kelulusan MAL dan Nombor Notifikasinya ialah MAL14055097TC.*

*Hasil ujian tersebut mengesahkan microsystins sebagai ND atau Not Detected (tidak dikesan). Ujian ini dijalankan pada Januari 2014. Oleh kerana AFAMaxx dan CellMaxx sebetulnya produk yang sama dan menggunakan bahan mentah (AFA) yang sama, maka ujian kepada CellMaxx memadai sementara sijil yang lain didokumenkan dan didigitalkan. Sangat jarang orang datang untuk bertanya tentang microsystins jadi apabila perlu, syarikat hanya memberikan salinan sahaja.*

*Sebagaimana mudah untuk syarikat dikecam dan difitnah dengan pelbagai perkara dan perlukan bukti dan sebagainya, begitu juga jika ada aduan mengenai kerosakan buah pinggang yang perlu disertakan dengan bukti dari doktor yang menjalankan diagnosis. Ia melibatkan banyak faktor untuk dikaji bersama sebagai contoh, ubat apa yang dimakan bersama, apakah makanan harian yang dimakan, bagaimana cara pengambilan CellMaxx, tempoh pengambilan dan sebagainya. Kebarangkalian yang besar ialah buah pinggang tersebut sememangnya telah rosak sebelum pengambilan CellMaxx kerana biasanya kerosakan melibatkan organ melibatkan tempoh yang sangat lama. Contohnya perokok terdedah kepada kerosakan jantung tetapi ia mengambil masa yang lama. Sekiranya tidak dibuktikan, ia juga menjadi fitnah yang mudah untuk dinyanyikan. Namun Alhamdulillah, beratus pula yang telah datang dan berterima kasih. Oh & jangan pula dengan sebutan Alhamdulillah menjadikan asbab untuk menyatakan saya mempermainkan agama*.

*Kenapa CellMaxx berada dalam industri MLM bukan trading?*

*Pertama sekali CellMaxx bukan produk OEM, ia merupakan produk Maxxima sendiri dengan patent pending ImmuMax Technology. Jadi syarikat mengetahui luar dan dalam tentang produk yang diperniagakan bukan sekadar mengambil produk lain untuk membuat branding baru dan dijual semula*.

*Serangan & post sebegini dari PW dan lain-lain individu atau organisasi menjadi contoh jelas kenapa produk sebegini perlu diletakkan di dalam industri networking. Sebelum saya menjelaskan lebih jauh, industri ini hanyalah salah satu dari cara pemasaran & pengedaran produk.*

*Penjelasan tentang produk seperti ini perlu jelas kerana pastinya terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab, dokumen yang perlu ditunjukkan dan sebagainya. Kerana itu, platform ini adalah terbaik memandangkan syarikat dapat memberikan penerangan secara berterusan secara konsisten setiap masa di merata tempat di seluruh negara dan mendapatkan bantuan pakar dalam bidang perubatan yang lebih arif untuk memberikan penerangan. Bila pasaran pengguna dapat hadir sendiri ke pejabat misalnya, maka taklimat ini dapat memberikan platform kepada semua untuk bertanya tentang apa sahaja dan mendapat jawapannya.*

*Tradisi ini telah berlanjutan sejak 2013 sehingga kini tanpa sebarang masalah. Walaupun industri ini mempunyai aura negatifnya dek perbuatan segelintir pengedar ataupun syarikat yang tidak bertanggungjawab, syarikat percaya sesuatu yang baru dan baik boleh dilaksanakan. Oleh kerana itu, syarikat menjadikan integriti sebagai tunjang perniagaan. Tiada money game, tiada praktis piramid, tiada “head hunting”, tiada pembayaran tersembunyi, tiada paksaan pembelian, tiada paksaan penggunaan dan sebagainya. Di setiap latihan yang diadakan perkara yang dititik beratkan adalah pengedaran produk, etika perniagaan, etika sebagai usahawan, servis dan sebagainya*.

*Malah, syarikat juga mendapat penghormatan dilawati oleh Prof Dr Sulong Ahmad Kamarudin untuk mendapatkan penjelasan terus dari pihak syarikat tentang AFA, kajiannya dan fungsi CellMaxx. Beliau berpuas hati dan memberikan ucapan tahniah*.

Suka dikongsikan bahawa tak kira apa sahaja pekerjaan, industri atau perniagaan, tanpa integriti ia boleh terjerumus ke kancah penipuan, penyelewangan, rasuah, paksaan, pembulian dan sebagainya. Ia tiada kaitan dengan industri itu sendiri. Penjual boleh menipu timbangan, kontrak boleh dipecah amanah, ramuan boleh ditukar, resipi boleh diubah. Misalnya seorang kontraktor mengurangkan bahan binaan, tidak bermaksud keseluruhan industri itu kotor. Misalnya lagi seorang peruncit menipu timbangan barang dalam jualan, bukan bermaksud industri peruncitan itu tidak boleh dipercayai. Ia tetap tergantung kepada badan/syarikat/individu yang terlibat.

Meletakkan dalam industri trading tidak akan mendapat tempat walaupun AMP dengan budget yang besar diletakkan kerana seperti dikatakan tadi, ia hanya akan menjadi serangan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Pada awal kewujudannya, syarikat percaya, produk yang baik adalah produk yang bercakap dengan sendirinya, kerana itu syarikat mengambil pendekatan melihat perkembangan pasaran pengguna terlebih dahulu sebelum meletakkan CellMaxx di mata dunia.

*Allah telah memberikan rezeki buat syarikat sehingga mendapat sambutan luar biasa dan jualan ulangan atau ‘repeat sales’ yang menjadi fenomena sehingga akhirnya syarikat membuat keputusan untuk meletakkan iklan di TV Alhijran & Astro Oasis setiap hari sepanjang bulan Ramadhan sebelum azan berbuka puasa. (Guna agama ke sebut Allah di sini?) Syarikat juga berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak Air Asia untuk melebarkan sayap perniagaannya & pasaran pengguna akan dapat membeli CellMaxx di dalam penerbangan Air Asia sendiri dalam tempoh terdekat. Hal-hal yang lain, biarlah rakyat Malaysia lihat sendiri bila tiba masanya*

*Satu hal lagi yang ingin dikongsikan bersama ialah, memang benar, banyak syarikat menggunakan AFA sebagai bahan mentah mereka tetapi dari Malaysia, Maxxima adalah satu-satunya syarikat yang diberikan hak pengedaran AFA*.

*Begitupun kekuatan CellMaxx bukanlah pada AFA sahaja kerana ia hanyalah salah satu daripada bahan yang digunakan. Formulasi dan patent pending ImmuMax Technology menjadi sandaran kekuatan sebenar CellMaxx. Ia dihasilkan oleh anak tempatan yang merupakan CEO Maxxima sendiri yang pakar dalam bidang MikroBiologi. Beliau juga merupakan insan yang bertanggungjawab membawa masuk antibiotik 4th Generation ke Malaysia. Formula ini memaksimumkan mobilasi sel stem dari tulang sum-sum ke bahagian badan yang memerlukan dan mengoptimumkan keupayaannya untuk menjadi mana-mana jenis sel yang diperlukan. Oleh itu, CellMaxx menjadi satu produk yang unik dan pertama di dunia seumpamanya.*

*Cukuplah sekadar itu buat masa ini, maaf terpaksa tulis panjang kerana admin suka memetik kata-kata yang pendek dan mengambil screen shot untuk menabur fitnah. Kalau nak tahu apa itu CellMaxx sebenarnya, baca sahajalah reply dari edisi CellMaxx part 1 (baca semua) ataupun datang sahajalah ke office. Silaturrahim boleh kita bina, bukan benci membenci. Oh dan ini bukannya alasan lagi, ini adalah jemputan. Bukankah lebih elok mendapat penjelasan dari mereka yang bertanggungjawab ke atas CellMaxx dan Maxxima sendiri dari membuat pelbagai kesimpulan tanpa satu pun contact terhadap syarikat?*

*Saya post sahaja balik sijil-sijil bagi mereka yang ikhlas ingin mengetahui apa yang benar. Apa yang saya lihat disini hanyalah mencari kesalahan dan mengaibkan semata-mata. Dengan situasi begini, yang terang pun akan tertutup.*

*p/s : sebenarnya nak jawab tiada dokumen yang dipalsukan je*

Wallahualam

Saiffil Fariz Mohamad Yusuff
CMO Maxxima