FAQ

Ini Adalah Bank CellMaxx FAQ. Semoga Anda Lebih Memahami Tentang CellMaxx™ & Stem Sel. Dengan Informasi Yang Tepat, Anda Boleh Membuat Keputusan Yang Terbaik. Insya Allah. Soalan DiBahagikan Mengikut Kategori. Sila Klik Soalan. Jawapan Akan Tertera 🙂

Tentang CellMaxx

Apakah CellMaxx™ Sebenarnya?

CellMaxx™ adalah makanan berfungsi jenis minuman yang dirumus khas dari ekstrak Aphanizomenon flos – Aquae (AFA), Oligosaccharide dan buah Peach. CellMaxx™ adalah pakej makanan kesihatan paling lengkap di dunia dengan daya serapan oleh sistem tubuh sehingga 97%.

Makanan kesihatan dari kategori “Naturally Functional” adalah trend terbesar di dalam permintaan makanan kesihatan sedunia pada masa kini. – 2016 Food Trends on Google: The Rise of Functional Foods.

CellMaxx™ dihasilkan dengan formula istimewa ciptaan Dr. Reza Bin Ibrahim dengan menggunakan teknologi ImuMaxx. Dr. Reza Bin Ibrahim adalah anak tempatan Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang.

 

Bagaimana CellMaxx™ Berfungsi?

CellMaxx Berfungsi Dengan 3 Cara Utama:

Pertama: Pengambilan 1 sache CellMaxx akan merangsang pengeluaran 3 hingga 4 juta stem sel dari dalam tulang sum sum ke dalam saluran darah dalam masa 1 jam. Stem sel ini akan membantu proses regenerasi dan rejuvenasi sel yang telah rosak dan mati secara semulajadi. Stem Sel di dalam tulang sum sum juga dikenali sebagai Stem Sel Dewasa (Adult Stem Cells).

Kedua: Pengambilan 2 sache CellMaxx menghasilkan pergerakan 40% Natural Killer Cells dari dalam darah ke tisu untuk meningkatkan daya tahan sistem tubuh dan menghapuskan sel – sel kanser.

Ketiga: CellMaxx  yang berasaskan ekstrak Aphanizomenon flos – Aquae (AFA) membekalkan 20 asid amino, 19 mineral, 12 vitamin, 5 anti oksida, 9 nutrien lain dan pelbagai enzim kepada keseluruhan sistem tubuh agar berfungsi pada tahap #sihatmaksima. Oleh sebab itu Aphanizomenon flos – Aquae (AFA) diiktiraf sebagai SuperFOOD.

Untuk melihat lebih terperinci kandungan CellMaxx, AFA dan peranan khususnya, sila ikuti link di bawah:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/cellmaxx-afa

Apakah Kelebihan Mengambil CellMaxx?

Berikut adalah antara kelebihan & manfaat mengambil CellMaxx:

  • Menyeimbangkan kadar gula di dalam darah.
  • Merendahkan kolesterol & menyokong kesihatan jantung.
  • Menurunkan tahap tekanan & mengawal tekanan darah.
  • Bersifat anti-viral & anti-tumor di peringkat aktiviti sel.
  • Mengandungi bahan & unsur mencegah kanser.
  • Membantu semua jenis kemerosotan kesihatan kulit.
  • Mengandungi anti-inflammatory atau anti keradangan.
  • Mengurangkan kesakitan sendi, kepala & kekejangan otot.
  • Membantu mengawal sympton demam.
  • Mengawal & melindungi dari alahan.
  • Menyokong kesihatan prostate.
  • Mengukuhkan sistem imunisasi atau sistem daya tahan penyakit.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Meningkatkan kekuatan mengingat.
  • Mengurangkan kekerapan selsema.
  • Menggalakkan fungsi hati yang betul.
  • Menyokong sistem penghadaman yang sihat & penyerapan nutrisi.
  • Membantu pemulihan luka dalaman & luaran.
  • Merangsang sirkulasi sel imunisasi.
  • Menyahkan radikal bebas.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Menyediakan perlindungan yang signifikan terhadap keracunan plumbum.
  • Menyeimbangkan & meningkatkan kecerdasan mental. (Contoh: Hyperactivity, Attention Deficit Disorder)
  • Menyeimbangkan mood & sebagai alat bantuan kemurungan. (Contoh: Bipolar or Manic-Depressive Disorders)
  • Mempercepatkan pemulihan daripada kecederaan trauma ringan.
  • Meningkatkan metabolisme yang sihat.
  • Menghalang pertumbuhan radang prostaglandin.
  • Meningkatkan perasaan umum kesejahteraan kesihatan.
  • Menyokong pengaktifan dan pembebasan semula jadi sel-sel Natural Killer (NK Sel).

Adakah CellMaxx™ Mendapat Pengesahan Halal?

Ya.

CellMaxx telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sementara pembekal bahan mentah Aphanizomenon flos Aquae (AFA) pula mendapat Sijil Pengesahan Halal dari IFANCA.

Untuk melihat sijil tersebut, sila ikuti link di bawah:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/sijil-halal-cellmaxx

Bagaimana BPFK Mengklasifikasikan CellMaxx™?

Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan mengklasifikasikan CellMaxx sebagai makanan kesihatan dan tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Peraturan Makanan 1985.

Di dalam surat rasminya, pihak Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan menjelaskan bahawa CellMaxx adalah di dalam kategori BUKAN UBAT dan TIDAK DIKAWAL oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Justeru itu ia tidak memerlukan kelulusan MAL dan Nombor Notifikasi.

Untuk melihat salinan surat surat berkaitan sila ikuti link di bawah:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/cellmaxx-kkm-mal-bpfk

Berapakah Harga CellMaxx™?

Terdapat 2 Kategori Harga CellMaxx:

Yang pertama, harga untuk pelanggan yang belum atau tidak mahu menjadi ahli ialah RM180 sekotak.

Yang kedua, harga untuk pelanggan yang telah menjadi ahli ialah RM150 sekotak.

Ada Berapa Sache Di Dalam Sekotak CellMaxx™?

Sekotak CellMaxx™ mengandungi 14 sache. Berat setiap sache ialah 3 gram.

Bagaimana Untuk Menjadi Ahli CellMaxx™?

Untuk menjadi ahli CellMaxx sangat mudah.

Anda hanya perlu membuat pembelian minima kali pertama sebanyak 2 kotak CellMaxx terus pada harga ahli. Bermakna RM150 x 2 kotak = RM300. 

Selepas menjadi ahli, anda boleh membeli CellMaxx walaupun 1 kotak sahaja, tetap pada harga ahli, iaitu RM150.

Anda hanya perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon untuk membolehkan keahlian anda didaftarkan. Selepas proses pendaftaran selesai, anda akan menerima nombor keahlian yang terus di-SMS ke nombor telefon anda.

Setiap kali anda ingin membuat pembelian semula dengan pihak CellMaxxMalaysia.com, anda hanya perlu menyatakan nombor keahlian anda untuk melayakkan anda mendapat harga ahli 🙂

Bagaimana Untuk Membeli CellMaxx™?

Untuk membeli CellMaxx™ sangat mudah.

Sebagai pembeli kali pertama, ada 4 Pakej Keahlian yang anda boleh pilih, iaitu:

a) Pakej Ruby @ 2 Kotak = RM300

b) Pakej Sapphire @ 10 Kotak = RM1500

c) Pakej Emerald @ 20 Kotak = RM3000

d) Pakej Diamond @ 40 Kotak = RM6000

Jika anda telah menjadi Ahli CellMaxx™ melalui CellMaxxMalaysia.com, dan ingin membuat belian ulangan, selain 4 pakej di atas, anda juga boleh memilih:

e) Pakej Flexi @ Terpulang berapa kotak CellMaxx™ yang anda ingin beli. 1 kotak pun boleh. 100 Kotak pun boleh. Anda hanya perlu maklumkan Nombor Keahlian anda kepada kami.

Anda boleh mula membuat pembelian dengan mengikuti link berikut:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/cara-beli-cellmaxx/

Jika anda memerlukan bantuan, terus hubungi sama ada dengan panggilan, SMS ataupun melalui WhatsApp ke nombor 014 – 526 0639.

Anda akan dilayan dengan mesra, mudah dan telus.

Anda juga boleh membuat pembelian dengan Agen CellMaxx™ atau Stokis CellMaxx™ kami. Anda boleh hubungi agen atau stokis yang berhampiran dengan anda.

Untuk senarai Agen atau Stokis, sila ikuti link di bawah:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/stokis-cellmaxx

Bagaimana Aturan Pengambilan CellMaxx™ Yang Tepat?

Aturan Pengambilan CellMaxx Bergantung Kepada Tahap atau Status Kesihatan Seseorang.

Pengguna Tahap Pertama

Untuk individu yang tiada masalah kesihatan dan mengambil CellMaxx untuk mengekalkan tahap kesihatan yang maksima.

Anda hanya perlu ambil 1 sache dan bancuh dengan air kosong atau air putih atau air mati atau air mineral di dalam cawan atau gelas kemudian minum sehingga habis sebelum tidur. Minum air secukupnya. *Jangan guna air panas.

Pengguna Tahap Kedua

Untuk individu yang ada mengalami tanda tanda awal mengalami kemerosotan kesihatan @ penyakit degeneratif.

Anda boleh mengambil 1 sache CellMaxx sehari, iaitu 30 minit sebelum sarapan. Sehingga hari ke 5. Mulai hari ke 6, anda boleh tambah 1 sache lagi sebelum tidur. Minum air secukupnya.

Pengguna Tahap Ketiga

Individu yang telah disahkan mempunyai penyakit degeneratif tetapi belum pada tahap kritikal.

Anda boleh mengambil 1 atau 2 sache CellMaxx sehari, iaitu 30 minit sebelum sarapan. Sehingga hari ke 5. Mulai hari ke 6, anda boleh tambah 1 atau 2 sache lagi sebelum tidur. Minum air secukupnya.

Pengguna Tahap 4

Individu yang mempunyai penyakit tahap kritikal atau kronik.

Anda boleh mengambil 2 sache CellMaxx setiap 8 jam. Minum air secukupnya.

Pengguna Pesakit Buah Pinggang

Anda disarankan hanya mengambil 1 sache CellMaxx sahaja sehari.

Adakah Kanak Kanak Boleh Mengambil CellMaxx™?

Umumnya kanak kanak tidak perlu mengambil CellMaxx.

Bagaimanapun, sekiranya kanak kanak itu mengalami penyakit degeneratif, pengambilan adalah seperti yang dicadangkan di dalam FAQ sebelum ini.

Untuk kanak kanak yang memerlukan CellMaxx tetapi tidak mampu untuk minum sendiri, boleh dicampurkan setengah sache CellMaxx di dalam bancuhan susu botol.

Adakah CellMaxx™ Sesuai Untuk Wanita Hamil & Semasa Haid?

Ya. CellMaxxamat sesuai untuk wanita hamil. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil CellMaxx™ sejak awal kehamilan kerana ia dapat membantu pembentukan janin yang sihat di dalam kandungan.

CellMaxx™ juga sesuai diambil oleh wanita semasa haid.

Berapa Lama Pengambilan CellMaxx™ Mula Memberi Kesan?

Umumnya, cepat atau lambat seseorang merasakan kesan positif selepas pengambilan CellMaxx™ amat tertakluk kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, jenis penyakit, tahap penyakit, amalan pemakanan, toksin di dalam tubuh, gaya hidup dan keberkesanan sistem tubuh anda bertindakbalas terhadap pengambilan produk CellMaxx™.

Penasihat Kesihatan CellMaxx™ menyarankan untuk memperuntukkan komitmen mengamalkan meminum CellMaxx™ di antara 3 ke 6 bulan untuk melihat kesan yang jelas.

Sistem tubuh mempunyai kemerdekaan untuk menentukan bahagian mana di dalam sistem tubuh kita yang mana perlu diberikan perhatian terlebih dahulu.

Maka, ada pengguna yang merasakan kesan positif dengan hanya 1 sache. Ada pengguna yang merasakan kesan positif hanya dengan sekotak CellMaxx™. Ada pengguna yang mula merasakan kesan positif selepas mengambil 10 kotak CellMaxx™. Ada yang kembali sihat selepas pengambilan selama 6 bulan. Ada yang kembali sihat selepas pengambilan selama setahun.

Setiap orang berbeza. Yang penting, kita mula bertindak untuk ikhtiar dengan CellMaxx™.

Adakah Saya Perlukan Nasihat Dr Untuk Mengambil CellMaxx™?

CellMaxx™ sebagai sejenis minuman kesihatan yang bahan mentahnya disahkan sebagai organik oleh “Oregon Tilth Certified Organic”, dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP dan mendapat pengesahan halal oleh pihak JAKIM Malaysia dan halal IFANCA, CellMaxx™ sesuai untuk semua golongan pengguna.

Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang membimbangkan anda jika mengambil CellMaxx™, anda bebas dan berhak untuk berbincang dan mendapatkan nasihat Doktor yang merawat anda.

Untuk melihat sijil Oregon Tilth Certified Organic, sila ikuti link di bawah:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/cellmaxx-oregon-organic-certified

Adakah CellMaxx™ Menggantikan Ubat Farmaseutikal?

CellMaxx™ bukan ubat.

CellMaxx™ tidak mengantikan ubat farmaseutikal.

Jika anda sedang mengambil ubat farmaseutikal, anda dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan ubat farmaseutikal sewaktu mengamalkan pengambilan CellMaxx™.

Apakah Penyakit Degeneratif Yang Sesuai Dengan CellMaxx™?

CellMaxx™ sangat sesuai dengan pengguna yang mengalami sebarang penyakit degeneratif. Antara penyakit degeneratif yang disebabkan oleh kerosakan sel, organ dan tisu ialah seperti berikut:

  1. Jantung
  2. Kencing Manis
  3. Angin Ahmar
  4. Migrain
  5. Resdung
  6. Gout
  7. Darah Tinggi
  8. Parkinson
  9. Psoriasis
  10. Eczema
  11. Katarak
  12. Kanser
  13. Autism
  14. Kebotakan
  15. Kemurungan
  16. Sakit Otot
  17. Bell Palsy
  18. Sakit Tulang Belakang
  19. Ketumbuhan
  20. Alzheimer

Kenapa CellMaxx™ DiGelar Sebagai SuperFOOD?

CellMaxx adalah makanan berfungsi berpaten dengan formulasi istimewa untuk mengaktifkan stem sel dari dalam tulang sum sum dan menyokong fungsi daya tahan penyakit.  Ia juga membantu untuk mencegah penyakit degeneratif, awet muda, meningkatkan tahap tenaga dan menyediakan perbaikan fungsi kognitif dan ketajaman penglihatan manusia.

CellMaxx dikilangkan melalui kaedah aqueous extraction method” menggunakan teknologi “ImuMaxx” yang memaksimakan kehadiran juzuk bioaktif AFA.

CellMaxx mengandungi spektrum lengkap 64 jenis mikro nutrisi, termasuk Glyco-Protein, pelbagai vitamin, 19 mineral utama, pigmen, karbohidrat ringkas, lipid dan enzim biologi aktif, tepat seperti yang diperlukan oleh sistem tubuh manusia.

Ia sangat kaya dengan 20 asid amino, 12 vitamin termasuk vitamin B-12, Phenylethylamine (PEA), Omega 3 fatty Acids, Polysaccharide, Phycocyanin, Beta Karotin dan 5 anti-oksida membantu sistem tubuh agar berfungsi pada tahap #sihatmaksima.

Oleh sebab itu, CellMaxx  yang berasaskan ekstrak Aphanizomenon flos – Aquae (AFA) ini digelar sebagai #SuperFOOD kerana bertindak sebagai pakej makanan kesihatan paling unik dan lengkap di dunia.

Sementara itu, The Macmillan Dictionary mendefinisikan ‘superfood‘ sebagai

“as a food that is considered to be very good for your health and that may even help some medical conditions.”

Sementara The Oxford Dictionary pula mendefinisikan ‘superfood’ sebagai:

“is a nutrient-rich food considered to be especially beneficial for health and well-being”.

Apakah Yang DiMaksudkan Dengan “Healing Crisis”?

Untuk sesetengah pengguna yang kali pertama mengambil CellMaxx™, kemungkinan akan mengalami ‘Healing Crisis’ atau ‘Krisis Penyembuhan’.

Apakah Yang DiMaksudkan Dengan ‘Healing Crisis’?

Ringkasnya, ‘Healing Crisis’ merujuk kepada krisis penyembuhan atau reaksi penyembuhan yang bersifat sementara semasa tubuh sedang melalui proses memulihkan dirinya melalui pembuangan toksin di dalam badan.

Bagaimana ‘Healing Crisis’ Boleh Berlaku?

Adalah normal tabiat pemakanan kita penuh dengan bahan kimia bertoksin dan semakin bertambah dari ke hari ke dalam sistem tubuh. Sebilangan besar daripada bahan kimia toksik adalah jenis lipid atau lemak larut dan cenderung menumpuk terutama dalam tisu lemak dan cecair antara sel di seluruh badan.

Menurut U.S. Environmental Protection Agency lebih 400 bahan kimia telah dikesan dalam tisu manusia dengan 48 ditemui dalam tisu adipose, 40 dalam susu ibu, 73 di dalam hati dan lebih 250 di dalam darah.

Apabila anda mengambil CellMaxx™ yang mengandungi kompaun Klorofil dan Polisacharide akan membuat toksin diusir lalu mengeluarkan endotoksin.  Apabila toksin diusir, sistem tubuh akan merembeskannya ke dalam sistem aliran darah untuk ditapis dan dihapus. Situasi sirkulasi toksin ini boleh menyebabkan kesejahteraan semasa kesihatan anda terganggu dan memunculkan tanda tanda ‘kesakitan’ sementara di bawah.

Antara Tanda Tanda ‘Healing Crisis’:

kekejangan otot
cirit-birit
keletihan melampau
kegelisahan
sakit kepala
insomnia
kesesakan sinus
demam
letusan kulit
perubahan emosi

Seterusnya, organ dan tisu dalam tubuh badan anda melalui proses pembaharuan tisu dan organ termasuk mengalami reaksi metabolisma untuk mengadaptasi semula proses pembaharuan (kedatangan stem sel) dalam tubuh yang berlaku secara semulajadi, iaitu pembuangan toksin dan pembaharuan sel.

Inilah yang disebut sebagai ‘Healing Crisis’. Ianya bukan ‘kesan sampingan’ @ ‘side effect’ tetapi adalah proses detoksifikasi, pembaikan dan penggantian sel.

Bahan toksin alam sekitar yang masuk ke dalam tubuh melalui proses pemakanan disyaki memainkan peranan utama di dalam beberapa penyakit, termasuk kanser, arthritis, kelemahan sistem imun, autisme, fibromyalgia, penyakit jantung, penyakit Alzheimer dan banyak lagi.

Berapa Lama Tempoh ‘Healing Crisis’ Ini?

Biasanya antara 1 ke 3 hari hinggalah ke beberapa minggu. Setiap orang mempunyai faktor tersendiri yang menyebabkan tempohnya berbeza di antara setiap orang.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

  1. Anda hanya perlu kurangkan jumlah pengambilan CellMaxx™. Jika 1 sache sehari, selang selikan setiap 2 hari. Jika ambil 2 sache sehari, jadikan 1 sache sahaja sehari. Begitulah seterusnya.
  2. Lihat ‘Healing Crisis’ sebagai satu tanda yang positif.
  3. Tetap dengan tekad dan jadual mengambil CellMaxx.
  4. Pastikan minum air kosong @ mineral yang cukup.
  5. Bernafas dengan baik.
  6. Pastikan tidur yang cukup.

Adakah CellMaxx™ Penawar Ajaib Penyembuh Segala Penyakit?

Jenama dan brand CellMaxx™ semakin tersebar di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia, juga mula merebak ke Singapore, Brunei dan Indonesia. Bersama dengan trend pengambilan CellMaxx™ ini tersebar juga dakwaan di kalangan penjual atau pemasar bahawa CellMaxx™ menjadi penawar yang ampuh kepada banyak penyakit. Pada satu sisi yang berlawanan, seperti pihak pesaing dan yang anti lagi skeptikal pula menganggap apa sahaja yang bukan dari “klinik atau hospital” adalah palsu dan tipuan belaka.

Bagaimana sikap CellMaxxMalaysia.com di dalam hal ini?

Kami mengajak anda dan kita semua untuk bersikap sederhana. Faham tentang apa dan bagaimana CellMaxx™ berfungsi. Kemudian menjadikannya satu pilihan ikhtiar yang terbaik. Selepas mengambil CellMaxx™ kita pantau dari masa ke semasa pengambilannya. Kemudian kita bertawakal kepada Allah swt. Manusia berikhtiar, Allah swt yang menyembuh.

Ada orang yang terus sembuh dalam masa singkat. Ada orang yang mengambil masa. Dan ada orang yang mungkin tidak berhasil. Jika tidak dicuba dan diberi peluang kepada sistem tubuh untuk menikmatinya, bagaimana diketahui kesan dan hasilnya.

Menjadi adat orang yang menjual membuat dakwaan yang luar biasa. Pada mereka, mereka  cuba meyakinkan prospek untuk mencuba. Pada pihak yang tidak bersetuju, anti dan skeptikal, pada mereka itu adalah dakwaan “hype”, palsu dan sesuatu yang luar biasa lagi tidak masuk akal.

Manusia sentiasa dan terus berusaha untuk mencari penawar kepada sesuatu penyakit. Doktor, pengkaji dan saintis terus cuba membongkar rahsia penawar setiap penyakit, kerana setiap penyakit memang ada penawarnya kerana itu adalah janji Allah swt.

Sementara itu, di kalangan pengguna pula, ada juga yang memohon jaminan sembuh. Apa yang pihak syarikat jual dan dakwa adalah berdasarkan kajian saintifik. Kajian saintifik adalah kaedah pencarian kebenaran yang diiktiraf oleh kita sebagai manusia. Namun, hak mutlak yang menyembuh ialah Allah swt.

Baru baru ini saya melawat seorang kawan yang isterinya telah disahkan mengidap penyakit kanser paru paru tahap 4. Menurut ilmu doktor yang mengendalikan kes, isterinya hanya ada peluang untuk hidup selama 6 bulan sahaja. Itu adalah ilmu yang telah stabil dan sah disisi ilmu perubatan dan kementerian kesihatan. Bagaimanapun Doktor tersebut yang telah berpengalaman 15 tahun di dalam kes yang seumpamanya berkata, “apa yang saya kata ialah berdasarkan ilmu manusia, sesungguhnya ilmu tuhan (Allah swt) jauh lebih luas, besar dan berkuasa”. “Banyak keajaiban yang telah saya lihat”. “Banyak kes kanser yang telah pulih secara tiba tiba”.

Bersederhanalah kita. Berikhtiar. Berdoa. Dan bertawakkallah.

Berbalik kepada CellMaxx™, jika kita seorang penjual. Menjuallah dengan beretika. Jika kita pengguna, berikhtiarlah dengan CellMaxx™ dan berdoa dan bertawakkallah. Jika kita tidak setuju, berilah penjual dan pengguna peluang untuk mencuba.

Sekali lagi, tidak kira siapa kita, yang mengeluar, yang menjual, yang mempromosi, yang anti, yang menentang, apa pun kita ini, marilah kita bersikap sederhana. Bersikap sederhana bermaksud tidak membuat kenyataan, dakwaan, tuduhan atau tuntutan yang melampau. Jika kita profesional dan ikhlas mahu mendapatkan informasi yang sahih, terus bertemu dengan pihak yang tepat dan berdiskusilah dengan adab dan akhlak yang lurus. Insya Allah, semoga Allah swt meredhai semua niat, usaha dan amal baik kita.

Bagaimana Untuk Menjadi Agen @ Stokis CellMaxx™?

2 Peluang Sebagai Stokis Syarikat Maxxima:

Pertama:

Menjadi Mobile Stokis Dengan Syarat:

  1. Memilih Keahlian Pakej Diamond.
  2. Pakej Keahlian Diamond Bernilai RM6000.
  3. Menerima 40 Kotak CellMaxx™ Yang Boleh DiJadikan Stok Pusingan.
  4. Bergerak Secara Mobile.

Efektif: Serta Merta. Sila Hubungi 014 – 5260639 Puan Miey Ahmad Untuk Proses Seterusnya.

Kedua:

Menjadi Master Stokis Dengan Syarat:

  1. Memilih Keahlian Pakej Diamond.
  2. Mempunyai 10 Orang Downline Yang Juga Berpangkat Diamond.
  3. Telah Mempunyai Minima 50 Orang Ahli Aktif.
  4. Mewakili Satu Kawasan @ Daerah.
  5. Membuat Pembelian Stok CellMaxx™ Permulaan Sebanyak 300 Kotak.
  6. Jumlah 300 Kotak Bernilai RM45,000
  7. Anda Akan DiPanggil Untuk DiTemuduga Oleh Pihak Syarikat.

Efektif: Permohonan Anda Perlu Mendapat Kelulusan Pihak Pengurusan Syarikat.

Alternatif Kepada 2 Pilihan Stokis CellMaxx™ Di Atas:

Menjadi Agen CellMaxx™ Di CellMaxxMalaysia.com

  1. Membuat Pembelian Minima 20 Kotak Bernilai RM3000.
  2. Mewakili 1 Kawasan.
  3. No Telefon Anda Akan DiNaikkan Di Laman Web CellMaxxMalaysia.com
  4. Bergerak Aktif & Target Untuk Upgrade Ke Pakej Diamond Dalam Masa 45 Hari.

Efektif: Serta Merta. Sila Hubungi 014 – 5260639 Puan Miey Ahmad Untuk Proses Seterusnya.

Tentang Stem Sel

Soalan Stem Sel 1

Jawapan Stem Sel 1

Soalan Stem Sel 2

Jawapan Stem Sel 2

Supaya Anda Tidak Ketinggalan “Updates”CellMaxx
& Respon Terkini Pengguna CellMaxx, Tolong Masukkan Emel Anda Di Bawah:
Langgan CellMaxxMalaysia.com Newsletter