Adakah CellMaxx™ Penawar Ajaib Penyembuh Segala Penyakit?

Jenama dan brand CellMaxx™ semakin tersebar di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia, juga mula merebak ke Singapore, Brunei dan Indonesia. Bersama dengan trend pengambilan CellMaxx™ ini tersebar juga dakwaan di kalangan penjual atau pemasar bahawa CellMaxx™ menjadi penawar yang ampuh kepada banyak penyakit. Pada satu sisi yang berlawanan, seperti pihak pesaing dan yang anti lagi skeptikal pula menganggap apa sahaja yang bukan dari “klinik atau hospital” adalah palsu dan tipuan belaka.

Bagaimana sikap CellMaxxMalaysia.com di dalam hal ini?

Kami mengajak anda dan kita semua untuk bersikap sederhana. Faham tentang apa dan bagaimana CellMaxx™ berfungsi. Kemudian menjadikannya satu pilihan ikhtiar yang terbaik. Selepas mengambil CellMaxx™ kita pantau dari masa ke semasa pengambilannya. Kemudian kita bertawakal kepada Allah swt. Manusia berikhtiar, Allah swt yang menyembuh.

Ada orang yang terus sembuh dalam masa singkat. Ada orang yang mengambil masa. Dan ada orang yang mungkin tidak berhasil. Jika tidak dicuba dan diberi peluang kepada sistem tubuh untuk menikmatinya, bagaimana diketahui kesan dan hasilnya.

Menjadi adat orang yang menjual membuat dakwaan yang luar biasa. Pada mereka, mereka  cuba meyakinkan prospek untuk mencuba. Pada pihak yang tidak bersetuju, anti dan skeptikal, pada mereka itu adalah dakwaan “hype”, palsu dan sesuatu yang luar biasa lagi tidak masuk akal.

Manusia sentiasa dan terus berusaha untuk mencari penawar kepada sesuatu penyakit. Doktor, pengkaji dan saintis terus cuba membongkar rahsia penawar setiap penyakit, kerana setiap penyakit memang ada penawarnya kerana itu adalah janji Allah swt.

Sementara itu, di kalangan pengguna pula, ada juga yang memohon jaminan sembuh. Apa yang pihak syarikat jual dan dakwa adalah berdasarkan kajian saintifik. Kajian saintifik adalah kaedah pencarian kebenaran yang diiktiraf oleh kita sebagai manusia. Namun, hak mutlak yang menyembuh ialah Allah swt.

Baru baru ini saya melawat seorang kawan yang isterinya telah disahkan mengidap penyakit kanser paru paru tahap 4. Menurut ilmu doktor yang mengendalikan kes, isterinya hanya ada peluang untuk hidup selama 6 bulan sahaja. Itu adalah ilmu yang telah stabil dan sah disisi ilmu perubatan dan kementerian kesihatan. Bagaimanapun Doktor tersebut yang telah berpengalaman 15 tahun di dalam kes yang seumpamanya berkata, “apa yang saya kata ialah berdasarkan ilmu manusia, sesungguhnya ilmu tuhan (Allah swt) jauh lebih luas, besar dan berkuasa”. “Banyak keajaiban yang telah saya lihat”. “Banyak kes kanser yang telah pulih secara tiba tiba”.

Bersederhanalah kita. Berikhtiar. Berdoa. Dan bertawakkallah.

Berbalik kepada CellMaxx™, jika kita seorang penjual. Menjuallah dengan beretika. Jika kita pengguna, berikhtiarlah dengan CellMaxx™ dan berdoa dan bertawakkallah. Jika kita tidak setuju, berilah penjual dan pengguna peluang untuk mencuba.

Sekali lagi, tidak kira siapa kita, yang mengeluar, yang menjual, yang mempromosi, yang anti, yang menentang, apa pun kita ini, marilah kita bersikap sederhana. Bersikap sederhana bermaksud tidak membuat kenyataan, dakwaan, tuduhan atau tuntutan yang melampau. Jika kita profesional dan ikhlas mahu mendapatkan informasi yang sahih, terus bertemu dengan pihak yang tepat dan berdiskusilah dengan adab dan akhlak yang lurus. Insya Allah, semoga Allah swt meredhai semua niat, usaha dan amal baik kita.

Comments are closed.