Apakah Yang DiMaksudkan Dengan “Healing Crisis”?

Untuk sesetengah pengguna yang kali pertama mengambil CellMaxx™, kemungkinan akan mengalami ‘Healing Crisis’ atau ‘Krisis Penyembuhan’.

Apakah Yang DiMaksudkan Dengan ‘Healing Crisis’?

Ringkasnya, ‘Healing Crisis’ merujuk kepada krisis penyembuhan atau reaksi penyembuhan yang bersifat sementara semasa tubuh sedang melalui proses memulihkan dirinya melalui pembuangan toksin di dalam badan.

Bagaimana ‘Healing Crisis’ Boleh Berlaku?

Adalah normal tabiat pemakanan kita penuh dengan bahan kimia bertoksin dan semakin bertambah dari ke hari ke dalam sistem tubuh. Sebilangan besar daripada bahan kimia toksik adalah jenis lipid atau lemak larut dan cenderung menumpuk terutama dalam tisu lemak dan cecair antara sel di seluruh badan.

Menurut U.S. Environmental Protection Agency lebih 400 bahan kimia telah dikesan dalam tisu manusia dengan 48 ditemui dalam tisu adipose, 40 dalam susu ibu, 73 di dalam hati dan lebih 250 di dalam darah.

Apabila anda mengambil CellMaxx™ yang mengandungi kompaun Klorofil dan Polisacharide akan membuat toksin diusir lalu mengeluarkan endotoksin.  Apabila toksin diusir, sistem tubuh akan merembeskannya ke dalam sistem aliran darah untuk ditapis dan dihapus. Situasi sirkulasi toksin ini boleh menyebabkan kesejahteraan semasa kesihatan anda terganggu dan memunculkan tanda tanda ‘kesakitan’ sementara di bawah.

Antara Tanda Tanda ‘Healing Crisis’:

kekejangan otot
cirit-birit
keletihan melampau
kegelisahan
sakit kepala
insomnia
kesesakan sinus
demam
letusan kulit
perubahan emosi

Seterusnya, organ dan tisu dalam tubuh badan anda melalui proses pembaharuan tisu dan organ termasuk mengalami reaksi metabolisma untuk mengadaptasi semula proses pembaharuan (kedatangan stem sel) dalam tubuh yang berlaku secara semulajadi, iaitu pembuangan toksin dan pembaharuan sel.

Inilah yang disebut sebagai ‘Healing Crisis’. Ianya bukan ‘kesan sampingan’ @ ‘side effect’ tetapi adalah proses detoksifikasi, pembaikan dan penggantian sel.

Bahan toksin alam sekitar yang masuk ke dalam tubuh melalui proses pemakanan disyaki memainkan peranan utama di dalam beberapa penyakit, termasuk kanser, arthritis, kelemahan sistem imun, autisme, fibromyalgia, penyakit jantung, penyakit Alzheimer dan banyak lagi.

Berapa Lama Tempoh ‘Healing Crisis’ Ini?

Biasanya antara 1 ke 3 hari hinggalah ke beberapa minggu. Setiap orang mempunyai faktor tersendiri yang menyebabkan tempohnya berbeza di antara setiap orang.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

  1. Anda hanya perlu kurangkan jumlah pengambilan CellMaxx™. Jika 1 sache sehari, selang selikan setiap 2 hari. Jika ambil 2 sache sehari, jadikan 1 sache sahaja sehari. Begitulah seterusnya.
  2. Lihat ‘Healing Crisis’ sebagai satu tanda yang positif.
  3. Tetap dengan tekad dan jadual mengambil CellMaxx.
  4. Pastikan minum air kosong @ mineral yang cukup.
  5. Bernafas dengan baik.
  6. Pastikan tidur yang cukup.
Comments are closed.