Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Agen & Pengedar CellMaxxMalaysia.com & CellMaxx.my

1. CellMaxx telah pun memasuki tahun yang ke 5 (2013 – 2017). Lebih 100,000 pengguna di seluruh Malaysia. Jualan tahun lepas lebih RM100 Juta. Memenangi 4 anugerah. Dalam program Gala Maxxima yang diadakan baru baru ini, pelbagai anugerah dimahsyurkan kepada agen dan pengedar yang cemerlang. Lebih jauh, CellMaxx – Maxxima bekerjasama dengan Air Asia dan Le Tour De Langkawi untuk membawa gelombang manfaat CellMaxx kepada lebih ramai manusia. Sekaligus juga mengukuhkan penjenamaan komersil.

Sekitar pertengahan tahun 2016, melalui media sosial Facebook, ada pihak yang mula menyerang CellMaxx. Pihak yang menyerang ini betul betul seperti hantu. Bersembunyi di sebalik fan page. Merasuk orang ramai. Rasukannya mengganggu agen dan pengedar CellMaxx. Rasukannya mengganggu pengguna dan bakal pengguna CellMaxx.

Semoga tulisan ini memberikan pencerahan kepada kita semua. Semoga kita terhindar dari rasukannya.

Yang penting, kita semua TERUS BERSATU TEGUH 🙂

2. Untuk pengetahuan semua, terdapat 3 posting oleh pihak Pseudoscience Watch (PW) terhadap CellMaxx @ Maxxima.

Yang Pertama:


334 likes
144 comments
148 shares

Yang Kedua:


325 likes
75 comments
86 shares

Yang Ketiga:


336 likes
72 comments
127 shares

3. Tiga posting di fan page Facebook itulah yang berterusan diviralkan (recycle) di alam media sosial terutamanya di whatsapp. Kami yakin perkongsian di whatsapp jauh lebih besar berbanding like, comment dan jumlah shares di posting asal berkenaan sendiri.

4. Chief Marketing Officer Maxxima, En. Saiffil telah memberikan respon awal dan terus langsung di salah satu posting tersebut. Bagaimanapun untuk kemudahan semua agen, kami telah copy & posting semula di link berikut:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/cellmaxx-vs-pw/

5. Harus diingat bahawa pihak PW ini adalah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan apa sahaja yang dikatakannya di fan page facebook PW kerana tidak berani untuk tampil ke hadapan secara terbuka. Perkara tentang undang undang jelas. Sementara perkara tentang kajian memerlukan perbincangan secara bersemuka dengan adab dan ikhlas. Ilmu dan teknologi kesihatan berkembang dari hari ke hari. Diajak bersemuka di pejabat Maxxima, tidak pernah mahu apatah lagi untuk hadir. Bagaimana untuk merungkai kebenaran.

Kehidupannya adalah misteri di sebalik fan page PW sahaja.

6. Sementara dalam kes XTransCell @ Big Hill Group sebelum ini, pihak Maxxima telah melantik peguam untuk menangani isu berkaitan CellMaxx. Proses guaman berkenaan sedang berjalan.

7. Bagaimanapun untuk kes PW, pihak peguam Maxxima masih tidak dapat menyerahkan surat guaman kerana identiti dan lokasi PW tidak boleh diakses. Usaha lain yang wajar sedang dilakukan.

8. Sebagai agen & pengedar CellMaxx, satu perkara yang harus kita faham ialah, PW menyerang CellMaxx kerana ada beberapa bahan pengiklanan oleh agen & pengedar CellMaxx yang mendakwa CellMaxx adalah ubat dan berkemampuan untuk menyembuh penyakit kronik. Sudah tentu ini bersalahan dengan akta ubat.

9. Justeru kita menyeru semua agen & pengedar CellMaxx untuk menyampaikan informasi tentang CellMaxx dengan tepat. Yang tepatnya, CellMaxx bukan ubat, ia adalah makanan kesihatan.

10. Oleh kerana CellMaxx bukan ubat, di sisi akta ubat, kita (agen & pengedar) juga dilarang menggunakan perkataan “testimoni”. Sehubungan dengan itu kita digalakkan menggunakan perkataan “respon pengguna”.

11. Harus diingat bahawa, usah kita masuk di dalam perangkap VIRAL, iaitu, daripada orang ramai tidak tahu tentang fitnah ini, kita pun menyebarkannya. Sebaiknya kita hanya memberikan respon dan pencerahan hanya kepada orang yang bertanya sahaja. Kes by kes.

12. PW menuduh surat kelulusan KKM tentang CellMaxx adalah palsu. Apakah anda fikir pihak KKM akan membiarkan sahaja sebuah syarikat makanan kesihatan yang viral dengan surat KKM palsu terus beroperasi? Sudah tentu tidak, pihak KKM sentiasa melakukan lawatan berkala ke Maxxima sejak 2013 dan setakat ini mereka berpuas hati dengan dokumen dan penjelasan dari pihak syarikat Maxxima.

13. PW menuduh Penasihat Kesihatan CellMaxx bukan Dr perubatan. Buat masa ni terdapat 6 orang Medical Advisor rasmi syarikat yang terdiri dari kalangan pendidik dan pengamal perubatan BERTAULIAH. Mereka memberikan penerangan berdasarkan kajian klinikal dan jurnal perubatan. Berbanding pihak PW  yang terus bersembunyi di belakang fan page. Bagaimana boleh untuk kita berdialog dengan pihak yang seperti ini.

14. Medical Advisor Maxxima berpandukan kepada kajian klinikal dan jurnal perubatan. Para pengamal perubatan menuduh keburukan CellMaxx berpandukan apa? Adakah sebarang postmortem dibuat? Adakah sebarang bahan spesifik dalam CellMaxx yang disentuh? Adakah nutrisi spesifik yang diperbincangkan? Setakat hari ini, segala serangan tidak berpandukan kepada produk CellMaxx sebaliknya kepada hujah dan huraian sendiri yang bersifat andaian fungsi CellMaxx semata mata.

Untuk pengetahuan semua, berikut ialah senarai Penasihat Kesihatan Maxxima berserta universiti masing masing:

1. Dr Haresh Kumar    Universiti Malaya (PhD), Associate Professor, Masha Universitiy, KL
2. Dr Zainal Abidin      Universiti Malaya  (UM)
3. Dr Wan Martina      Universiti Malaya  (UM)
4. Dr Elyani                  Universitas Sumatera Utara, Medan
5. Dr Madzalan            Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
6. Dr Zaid Asmuni      Kursk State Medical University (Rusia)

15. Yang terkini, ada Dr perubatan yang tidak atau kurang bersetuju dengan “makanan kesihatan” atau “cellmaxx” telah mengambil kata kata dari PW yang bersifat “hantu”! Bukankah seseorang Dr itu mementingkan fakta dan kajian? Tetapi dalam hal ini Dr mengambil tulisan dari pihak yang misteri kewujudannya. Tanpa disedari ini bertentangan dengan prinsip yang beliau amalkan – yang seharusnya berasaskan fakta, kajian dan dari identiti yang bertanggungjawab.

Satu hakikat yang harus kita fahami ialah, memang ada kalangan Dr yang tidak bersetuju dengan konsep “makanan tambahan” @ “food supplement”. Dan memang ada sebahagian Dr yang bersetuju, positif malah menggalakkan pengambilan nutrisi tambahan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh sekolah & pengalaman pemikiran yang berbeza.

16. Akhir kata, kita sebagai agen & pengedar hanyalah penyampai. Sampaikanlah informasi CellMaxx dengan tepat, menyeluruh, ikhlas & benar. Menjadi hak prospek @ pengguna untuk memilih – mengamalkan minuman nutrisi CellMaxx atau tidak. Kebebasan memilih. Tiada paksaan di dalam CellMaxx.

17. Ini berita baru sampai, antara tuduhan pihak PW ialah adanya kandungan racun microcystin di dalam CellMaxx. Jika anda telah baca respon En Saiffil di link di atas anda seharusnya sudah faham keadaan yang sebenar. Bagaimanapun, pihak Maxxima telah membuat satu lagi ujian makmal untuk mengesan kewujudan microcystin di dalam CellMaxx. Dan, berikut ialah jawapannya:

ND = Not Detected

Terima kasih sekali lagi di atas pelbagai cadangan dan pandangan yang diberikan.

18. Jika anda masih belum membaca dan menghadamkan FAQ CellMaxx, sila lakukan sekarang juga di link berikut:

http://www.cellmaxxmalaysia.com/faq

CellMaxxMalaysia.com T.E.A.M
– Fastabiqul Khairat.
– Berlumba lumba berbuat kebaikan.

PS: Ada juga Dr yang setup fan page Anti PW dan jika anda berminat untuk mengikutinya, sila ke link berikut:

https://www.facebook.com/apwatch6/